TUJUAN HIDUP MANUSIA ADALAH UNTUK KESELAMATAN DAN KEBAHAGIAAN
Apakah tujuan hidup manusia di muka bumi ini? Tujuan hidup manusia di muka bumi adalah tidak lain melainkan untuk hidup didalam keselamatan dan kebahagiaan. Ia tidak terkecuali samada orang beragama ataupun yang tidak menganut sebarang agama seperti Athies contohnya. Tidak ada seorang manusiapun yang tidak mahu hidup di dalam keadaan tersebut Cuma mungkin cara untuk mendapatkan kebahagiaan itu mungkin berrbeza.
Mengapakah kebahagian dan keselamatan menjadi tujuan pokok kehidupan manusia bukannya kemewahan harta? Jawabannya ada dicontohkan di dalam kehidupan seharian. Harta tidak mendatangkan kabahagiaan, ramai orang kaya raya tetapi hidup berantakan. Walaupun kaya tetapi anak menjadi orang yang tidak berguna, kemudian hati tidak tenang kerana hati sentiasa bimbang takut harta dicuri orang. Ia sentiasa berjaga-jaga, takut dengan bayang-bayang sendiri. Tiada baginya tempat bergantung.
Namun bagi orang yang beragama mereka mempercayai kehidupan selepas mati. Keselamatan dan kebahagiaan hidup selepas mati adalah tujuan utama mereka. Mereka tidak keluh kesah kerana mereka ada tempat pergantungan iaitu Tuhan. Tuhan adalah tujuan utama manusia walaupun hakikat Tuhan itu berbeza-beza mengikut kepercayaan masing-masing.
Home »
» TUJUAN HIDUP MANUSIA ADALAH UNTUK KESELAMATAN DAN KEBAHAGIAAN
TUJUAN HIDUP MANUSIA ADALAH UNTUK KESELAMATAN DAN KEBAHAGIAAN
Written By Unknown on Senin, 17 Desember 2012 | Senin, Desember 17, 2012
0 Comments